About me

Saturday, 21 October 2017

There is a moment

There is a moment,
When you feel like you understand a thing,
But actually you dont.
You force yourself to stay strong,
Faking the adaption,
Expecting people to believe that you really are.

There is a moment, 
When the thing gets rough,
You open for a negotiation which you never intend to accept dissenting opinions,
You stand still upon concrete arguments,
The arguments which you believe that will win you. 

When you are in the moment, 
You rebel, at the same time you begging, 
Begging so that people would understand you. 
Waiting people to give up and apologize.

But at the end of the day,
You would just sit and stare,
Asking yourself how it gets started, 
How it happens,
Until you come up with the poison and the cure.

That time, 
You dont have to be shocked, 
Because,
The poison is actually You.
The cure is also You.

Tuesday, 30 August 2016

Summary spontan & tak berisi

Hi Salam kembali setelah sekian lama aku tak berblog hampir setahun juga kalau kira secara kasar dan kalau secari detailnya lebih kurang 8 bulan juga kali terakhir aku post entri dalam blog ni. Haha! Aku tau itu terlalu lama. Tapi, selain daripada takda masa & kerajinan untuk berkongsi hidup dekat sini, aku juga sibuk menghabiskan zaman Foundation aku di UiTM sehingga April 2016 lalu, selain daripada tu aku juga dah harungi macam macam dugaan kecil & besar yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Well you know, meh sini aku bagi satu summary tentang hidup aku sejak Januari sehinggalah saat ini aku sedang buat apa. So dengan ini, aku takdalah rasa buntu sangat nak cerita mula dari mana. Hehe

Dalam tempoh awal Januari tu, aku masih lagi seorang pelajar Asasi dalam semester 2 di UiTM Dengkil. Well, hidup aku dekat sana quite good but the starting tu agak memeritkan sebab masa tu juga lah aku kena demam campak yang paling nightmare dalam hidup aku. Asalnya berjangkit daripada ahli keluarga aku juga yang masa tu 7 orang kena demam campak dalam masa sebulan tu, Semuanya berpunca daripada abang ipar yang berjangkit daripada Student nya sendiri. Huhu so habis kitorang satu keluarga kena sekali terutamanya aku lah sebab aku tak pernah kena sejak kecil. Dalam tempoh sakit tu, aku dapat perlepasan cuti daripada pembelajaran selama tiga(3) minggu dan hangpa tau kan 3 minggu itu adalah sangat lama dan memeritkan. Tapi tak apalah. Mungkin sakit itu penghapus dosa-dosa. Huhuhu. Hampir 3bulan juga untuk aku bina balik keyakinan aku untuk bercakap dengan orang lain sebab parut yang terlalu jelas di muka, badan tu takpayah cakap, kira satu hari satu malam pun belum tentu habis. Even sampai sekarang pun kesannya masih bersisa. Huhu. Itu baru pasal demam campak. Belum lagi cerita pasal kejadian aku kena reject waktu presentation sebab salah tajuk, dan yang paling panas hatinya ialah sebab salah itu bukan salah aku. Itu lah orang pesan, bersyukurlah sebab badan sihat cegas so korang boleh pergi kelas dengan senang hati, tanpa ada ketinggalan satu ayat pun daripada lecturer-lecturer, Dan disebabkan aku demam campak, perjalanan aku dalam mendapat carry marks yang baik agak kasar dan berbukit-bukit so perlulah aku lalui macam-macam liku kehidupan. Meh. 

Tapi alhamdulillah! walaupun kenangan pahit tu banyak, tapi yang manis pun tidak kurangnya. Selain daripada ada rakan-rakan yang sejak azali punya hati yang baik, aku juga ada musuh-musuh yang sentiasa bikin aku terus kuat. Cewah, aku gurau. Tak ada pun musuh musuh sebab kawan pun tak ramai. Hehe. Aku ingat lagi bulan Mac yang merupakan hari lahir aku pada tanggal 23, aku ada debate session for English class and it turned out to be so good because my group was the last group presented & we did a nice closing for debate session for my class. Ini apa kata sifu lah ye, bukan kata aku muahaha. Jadi meh aku share sikit gambar masa debate session tu berlangsung. 

Okay masa ni kedua-dua pihak sedang sibuk kumpul peluru untuk tembak pihak lawan masing-masing. Serious je muka semua orang, terutama sekali yang tengah tu haha! Tajuk kitorang masa ni ialah Does reality tv shows does more harm than good? Dan pihak aku object habis habisan. Mestilah does more harm than good! muehehe

Okay waktu ni lepas habis debate session. Dan apalagi, bergambarlah kitorang sampai lebam dekat dinding cantik UiTM Dengkil ni. Baru cat kan, mestilah cantik!


Meet this beautiful lady, Aqilah a.k.a Barbie celop! Selain daripada menjadi salah seorang rakan baik aku di zaman Universiti, dia juga seorang opponent aku dalam debate! mueheheh ini baru orang kata partner in crime tau. Sebelah yang tersengih-sengih cantik tu ialah Zulaikha, the mastermind!


And finally, ini lah classmates aku sejak semester 1 di Merbok, Kedah lagi. Alhamdulillah, they are all kind & sporting classmates i ever met! Love ya.


Jadi, pejam celik pejam celik aku dah habis zaman Asasi dengan pointer yang agak memberangsangkan. Boleh la sekadar lepas life goal tu hehe. Jujur aku cakap, aku rindu UiTM Dengkil teramatlah sangat. Baru saja rasa habis belajar, pejam celik aku dah melangkah ke alam Ijazah pula nanti.


Sepanjang aku pulang ke Kedah, aku buat kerja full-time di sebuah Butik berdekatan dengan rumah aku. 4 bulan juga aku kerja kat situ dan pengalaman tu sangat best sebab dapat workmates yang sporting nak mampos, dengan bos yang agak baik tapi tegas juga ikut tempat. Huhu. Even sekarang pun aku masih bekerja di Butik dan senyap-senyap guna Wifi free dia muahahaha. Takpe blogging je pun kan! Esok 31 Ogos dan aku akan berhenti kerja sebab dah masuk belajar untuk Degree. Alhamdulillah, aku sedang memasuki anak tangga yang membawa aku kepada Life Goal yang sebenar! Apa dia life goal aku? Cuba teka. Jeng3


Jadi pada 2September nanti, aku akan bertolak ke Shah Alam untuk daftarkan diri aku untuk Degree dan InsyaAllah dengan izin Allah aku akan mengharungi 8Semester iaitu selama 4 tahun di UiTM Shah Alam sebagai seorang pelajar Undang-Undang. Well, teruja tu ada, tapi gementar tu pun sama banyak. Harap-harap perjalanan akan dipermudahkan dan Goodluck juga pada pelajar-pelajar lain yang bakal memasuki alam Ijazah. Bagi aku, jurusan apa pun yang kita dapat, walaupun pada hakikatnya agak tersasar jauh dengan apa yang kita target, aku percaya Allah atur itulah yang terbaik untuk kita. Jadi jangan lah mengeluh lagi berputus asa. Chin up & give your very best. Setuju? 


Akhir kata, aku rasa disini sajalah 'summary' tak berisi aku pada harini untuk menghilangkan rasa bersalah dalam diri sebab dah lama tak post apa-apa dekat blog. Ye aku tau aku ketinggalan banyak contohnya pengalaman berpuasa Ramadhan 2016 dan Aidilfitri 2016 belum lagi aku update. Tapi takpalah halalkan jela eh nanti-nanti ada masa aku cuba kongsi apa yang termampu! 


Keep spreading love<3