About me

Wednesday 16 December 2015

UiTM Dengkil, Selangor.

Bismillahirahmanirahim. Sekian lama tak menulis dan berkongsi, baru harini saya ada kelapangan waktu untuk kongsi satu cerita dalam blog yang dah lama berhabuk ni. Nak dipendekkan cerita yang banyak sangat tak cerita, saya hanya akan cerita sepintas lalu saja. Post sebelum ni saya ada mention yang saya dalam proses menamatkan Foundation Of Law UiTM di UiTM MErbok., Kedah. But time flies too fast and everything has completely changed. Sekarang tak ada lagi dah Kedah and no more Asasians in any other UiTM in Kedah. Kenapa? Ha ni yang saya nak cerita ni.

Disebabkan dah lama tak menulis, aku sebenarnya jadi keliru dan lupa post sebelum sebelum ni saya pakai bahasa 'aku' atau 'saya' KAHKAH but i think both are probably okay kan. Janji ko paham apa aku cuba nak sampaikan ni. Buat pengetahuan anda, saya sudah menghabiskan semester pertama saya di UiTM Merbok selama lebih kurang empat bulan sahaja, and dua bulan lagi cuti saja, Huhu. As we all know, Foundation memang sangat padat dan laju tapi bagi saya tak adalah susah nak kejar. Good time arrangement, insya Allah everything would be all okay. Alhamdulillah, keputusan final exam yang pertama juga setimpal dengan usaha yang telah dikerah diperah dan dilapah selama empat bulan. Cewah. Padahal main je banyak. And yes, saya berjaya melepasi Goal yang Pertama, which is 3.5 and above. Alhamdulillah, syukur.


Next, part ni macam klimaks penceritaan pada harini kot? Sebab sini yang menceritakan apa dan mengapa saya tidak lagi menuntut pelajaran di Kedah. Sebenarnya, di Selangor atau lebih spesifik, Dengkil ada satu UiTM baru yang dibina dan dah ada pelajar yang belajar kat situ. Dan salah seorang daripada pelajar tersebut ialah saya. Haha. Batch saya jadi 'first intake' ke sini lah kiranya walaupun hakikatnya kami juga merupakan senior paling terulung kat sini. Kah3! So best ke tidek? Bagi saya, tak berapa nak best sebab tahu lah kan, asal Kedah tiba tiba belajar jauh sampai sini. Di tempat orang, alone and a newbie. Tapi setiap perkara tu ada baiknya. Yang baiknya ialah fasiliti di sini agak moden dan cantik. Yes memang cantik, nama pun semua baru kan. Cuma tidak lah selengkap UiTM yang lain yang dah lama dibuka. 


Dalam perjalanan datang ke Dengkil Selangor, saya bermalam di Hotel berdekatan Bukit Bintang(lupa nama hotel), which is really near to bukit Bintang. You guys can only walk your way for only 5 mins from the hotel and then jalan lah sampai hilang kaki. Malangnya yang sedikit, malam tu hujan dan saya terpaksa berpayung payungan sepanjang jalan BktBintang tu. Rasa macam duduk Jepun masa tu payung payung bagai. Kebetulan malam tu weekend night, so bilangan manusia masa tu masha Allah, kalau jatuh dekat jalan memang orang pijak gitu saja. Sebab ramai gila, bak kata orang, Bkt Bintang never sleep. Hoho!


The next day, which was on 12 December, saya bertolak dari KL ke Dengkil and it only takes 30 mins to reach there. Sebaik saja sampai dekat pekan Dengkil tu, aku tertanya-tanya mana lah UiTM ni, tak nampak batang hidung pun. Masa tu saya dah cemas sebab risau sekiranya tempat belajar saya jauh dari pekan dan akan menyusahkan perjalanan saya untuk berjimba. Ka3 *gurau saja. Okay lepas 10 min macam tu, saya dah nampak bangunan bangunan UiTM and i was like, tak tau nak kata happy ke sedih sebab kawasan tu cantik tapi sayangnya 500km away from my home town. Sedih weh!


Bila dah sampai, saya agak moody sikit sebab all the parents are instructed to park their cars at the parking area which is far away from the colleges. Bukannya apa, saya risau lah siapalah nak angkat barang banyak ni. Dahla barang saya boleh dikatakan satu rumah saya bawa, 2 bagasi besar, a really big box and other 2 smalls boxes. Tu belum campur bag laptop bag kasut dan sebagainya. Nasib baik saya tak bawa printer lagi, Kesian mama abah saya nak kena ulang alik dari kereta ke college. Anyway, we did it dengan berjayanya sebab kitorang cuma buat satu kali saja angkat barang. Bila sampai ja dekat depan kolej, which mine is Dahlia 2, di situ saya tersenyum. Sebab ada cahaya Illahi disitu. Kah!


Cahaya Ilahi yang dimaksudkan disitu ialah LIFT. Hahaha alhamdulillah tak perlu nak bertungkus lumus panjat tangga turun tangga dan rasa separuh nyawa hilang setiap kali sampai ke destinasi sebenar. Okay, rasanya dah cukup panjang saya bercerita, jadi apa kata saya singkatkan dengan belanja gambar pemandangan disini sikit. Sikit jelah sebab tangkap pakai smartphone sahaja. Malas pusing satu kampus sebab saya tak rajin. Next post insya Allah kalau rajin, I will show more places and more pictures here. 











As you can see, Ini lah UiTM Dengkil. Quite nice kan? Bangunan antara bangunan yang lain agak dekat so tak perlu bawa kereta datang sini sebab it just a walking distance in all areas. First picture tu ialah bangunan kolej perempuan. Got 8 floors and also 6 lifts for each college. Nama dia Dahlia 1 Dahlia 2, dan Dahlia 3. If i'm not mistaken, Dahlia 2 ialah tempat untuk tesl and Law Students only and the others are for the Science and Engineering students. Okay lah, memang selesa tempat dia. Saya rasa kadang macam duduk hotel, kadang macam duduk rumah. Kahakah. The second picture pula ialah bangunan Progresif. Ada kelas, dewan kuliah and also a studio. Best! Anjung Dengkil tu cafe for all the students seek for food. Strategik juga sebab Anjung is at the center of the campus, so adil la untuk student boys and girls daripada kolej dorang. Tapi saya rasa sini ada mengamalkan konsep ladies are priority kot sebab mostly tempat lebih dekat sedikit dengan ladies area. Haha!

So this is Dewan Kuliah. *Sorry for bad quality photo* Bila masuk DK je rasa macam nak tengok wayang ok you alls. I dahla suka tengok movie, so rasa abit excited during lectures. Hahaha. Oh ya, this DK only suits for 2 group of classes walaupun seats dia ada 90seats in total.


Ini the biggest Dewan Kuliah which can suit all Law Students agaknya. Saya boleh cerita pasal Law jelah sebab I'm on behalf of it. Hehe, and yes, cantik dan kerusi dia tak sakit punggung sebab memang kerusi macam dalam cinema, Lipat bila bangun, and boleh tenggelam punggung kalau you kecik dan buas sangat. hahahah


This is the most favourite place i THINK sebab studio dia besar dan lawa gila. Ala ala Akademi Fantasia pula bila masuk sini. Cermin kiri kanan and yes, ladies are gonna love this place so much. Especially me, saya memang seorang penari di UiTM Kedah tapi bila dah masuk sini dah takada kokurikulum so jangan mimpi nak ada masa menari! SO yeah, mirror selfie dulu walaupun semua muka tak mandi tu. They are all my dear classmates and some of them are also my housemates.


Ini Kafeteria juga, lupa nama. Palma ke apa entah tapi belum beroperasi, cantik gila tempat dia. You makan sini rasa macam you makan hotel cafe. Haha. All white! English style gitu.

This is my room. Lupa nak cerita. Satu rumah ada 3 bilik. Sebilik dua orang. Katil dia keras sebab baru lagi. Selepas dua tiga tahun lagi insya Allah you tidur you takanak bangun dah. Buat batch saya, takpa ini satu pengorbanan untuk melembutkan katil tu dengan tidur hari hari. Tapi kecik sikit bilik dia tapi selesa lah and all new. The locker is quite big juga tapi masih belum cukup kalau manusia yang duduk ialah manusia seperti saya. Hehe


This picture was taken yesterday in our way to our first class. Saja cewi sikit sebab lift bangunan dinamik is so cantik so you boleh touch up bedak or perbetul tudung senget you or mirror selfie sebelum keluar dari lift. Haha!

Last but not least, I think its more than I should write actually. Excited la katakan! Hahaha. And today, this is my fourth day staying here and I think I will get used to it very well. Gambar dibawah ni ialah suka suki semata mata tengok pemandangan sebab dah alang alang dapat kelas paling atas sekali, so why not kita pose sikit acah ambik angin sejuk, padahal hakikatnya cuaca panas mampus. Tapi bila tangkap gambar rasa macam duduk Genting Highland. Kah! Jumpa di lain waktu!








Monday 20 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Perasaan apabila dapat pegang laptop&punyai kesempatan nak tulis blog kalini, masyaAllah seronok sangat! Harap-harap aku masih berkesempatan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang Islam di dunia. Haih, pantas benar masa berlalu, masuk hari ni dah raya keempat. Wah wah, waktu-waktu macam ni lah ramai rakan taulan akan datang beraya atau sibuk buat rumah terbuka untuk menjamu tetamu yang diundang. Rumah aku? Rasanya tahun ni keluarga aku tak sempat nak buat rumah terbuka sebab tidak cukup masa, tapi kalau ada rakan-rakan yang nak datang beraya, aku cuma sediakan satu dua hidangan ringan macam mihun goreng ke, mi kuah ke. Senang dan cepat bukan?




Di kesempatan entri kali ni, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemafaan kepada semua golongan terutamanya Ibu bapa aku, ahli keluarga aku & seterusnya rakan-rakan yang mengenali diri ni. Biasalah kan, kita manusia. Kerap sangat buat silap, baik melalui mahupun melalui perbuatan. Ada saja kekhilafan dalam setiap tindakan kita setiap hari. Jadi, kita kenalah berlembut hati memohon kemafaan daripada semua orang. Terumatanya pada orang yang paling rapat. Sebabnya, yang paling rapat itu lah yang kita akan kerap buat kesalahan. Contohnya, rakan-rakan karib. Dalam gurauan yang kita buat, kadang-kadang mungkin ada yang tersinggung hati kan. Macam aku, aku kerap juga berlawak kasar dengan kawan aku, tapi tak apa dah minta maaf dah. Kahkah

Niat di hati ni nak kongsi tentang perjalanan aku sepanjang raya tahun ni. Alhamdulillah, tahun ni semuanya bersederhana saja. Almaklumlah bila makin membesar, dunia pula makin maju, kos pula makin tinggi, jadi haruslah kita beringat selalu. Tahun ni keluarga memilih tema 'Coklat' sebagai tema baju raya. Sebenarnya, mama aku yang buat keputusan ni tanpa ada perundingan. Kami yang lain iya kan sahaja. Mama kan, mana ada orang berani bantah. Hehe. Tahun lepas, kami sekeluarga berjubah, tahun ni pula semua nak bersederhana, jadi semuanya berbaju kurung Ha tapi yang best sikit tahun bila abah aku tampil segak bergaya dengan kurtanya. Konon nak cuba benda baru lah. Tapi sungguh, hensem pula. Ihiks!

Yang tak meriah nya tahun ni sebab, ada dua tiga insan yang selalu menjadi orang penting dalam keluarga aku, dah pergi buat selamanya. Antaranya ialah nenek kesayangan aku, Sabariah Bt Mat&PAklong aku, Mohd Nor Samsuresh B, Abdullah. Takpa, Allah lebih menyayangi mereka. Moga tok dan paklong tenang di sana ya sayang. Alfatihah. So tahun ni aku tak balik kampung. Aku cuma ziarah dan beraya di rumah makngah aku saja. Tupun satu taman saja. Haha. Hari raya kedua pula kami dua keluarga pergi Perlis untuk ziarah Tokwa aku iaitu abang kepada arwah tok Sabariah yang sedang sakit tenat disana. Bila tengok saja muka Tokwa, teringat pula pada arwah tok. Sakit dan pucat mukanya sama saja macam saat-saat arwah tok dulu sebelum pergi. Betul lah kata orang, semua orang akan jatuh sakit. Dan yang pastinya semua yang hidup bakal mati. Moga cepat sembuh ya Tokwa ku.

KEsimpulannya, raya tahun ni meriah tapi banyak situasi yang sentiasa mengingatkan aku untuk sentiasa beringat. Raya-raya juga tau, yang tiada harus kita ingat, yang ada harus lah beringat! Hehe okay disebabkan bebelan ni seakan-akan makin melalut dan panjang, ok jom sis belanja gambar sikit. Sikit jalah sebab gambar raya semuanya ada dalam camera DSLR kakak. Tak copy lagi masuk dalam laptop. Takapa., Ada masa kita update lagi! 


Haaaaa inilah anak-anak dara Encik Razali. Hehehe Salam Lebaran dari kitorang!





Yang berjubah hijau tu satu-satunya sepupu yang tinggal di Kedah, anak kepada Makngah.



 Ha ini kembar siang! Haha okay gurau. Yang berbaju coklat tu mama aku. Puan Hazilah. Dan disebelahnya ialah Makcik, Puan Hazizah yang merupakan kembar mama saya!

Akhir kata, aku ingin menyusun sepuluh jari kepada semua bloggers yang mesra&baik hati andai ada penulisan aku yang kurang menambat hati. InsyaAllah semoga Allah turunkan kita kesenangan di dunia dan akhirat dan kehidupan yang penuh kegembiraan! Semoga kita bertemu lagi :)

Friday 10 July 2015

Food travel : Big Mouth Republic Cafe

Hai & assalamualaikum semua! Please jawab, tak jawab korang tak comel okbye. 
Alright, Sebelum aku nak share dengan anda semua pasal entri yang cantik menarik tertarik kau memang deboom ni, aku nak tanya semua dah berbuka puasa kah? Juadah apakah yang menjadi santapan korang harini? Mi goreng? Koetew kungfu? Atau murtabak? Apa-apa pun yang korang makan, alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi oleh-Nya kepada kita sepanjang bulan puasa ni ye.Entri kali ni aku rasa semangat sangat nak cakap sebab it is all about fooooooood! Siapa yang kaki makan kaki travel for food or lebih mesra digelar 'Food Hunter' tu boleh lah join baca entri ni! I am sure you guys gonna try it & cannot resist to get your real exprience there! Happy reading :)

Firstly, let me story macam mana aku boleh jumpa dan how i decided to choose this cafe. Sebenarnya, pada petang 7 julai lepas, aku dengan tiga rakan mesra plan nak buka puasa dekat luar. jadi pada pukul 5.30 tu kitorang bertolak dari campus(UiTM Merbok) ke Big Mouth Cafe ni. Sebenarnya, Cafe ni adalah cadangan dari best guy-friend on earth aku yang bernama Imran @ lebih dikenali dengan nama manja yang diberi oleh aku, iaitu Imran Ajmain. Memandangkan dia stay lebih lama dari aku dekat Sungai Petani tu, so dia lah yang suggest kitorang untuk berbuka puasa disana. Punyalah eksaited tau nak tengok cafe tu macam mana, ekslusif ke tidak, besar ke tidak, famous ke tidak. Tapi.....Ha bila ada tapi ni yang buat semua orang stress kan. Malangnya sebaik sahaja kitorang sampai dekat situ, elok dah turun dari kereta semua kawan kawan aku macam :-

"Weh bukak cafe kah cafe tu? Macam tak buka ja" kata Imran yang tidak boleh dipercayai.
"Eh bukak la weh. Jom Jom" Kata kawannya seorang lagi.

Kitorang pun dengan lagak biasa jalan ke arah kedai tu. Okay masa tu memang tak ramai orang & banyak sangat meja kosong dekat situ. So aku macam bermonolog dalam hati macam "Fuh lega nasib baik tak ramai orang.." So bila kitorang dah berdiri betul betul depan kedai tu, datang seorang pekerja cafe tu & asked us whether we did a reservation or not. So masa tu aku dah tahu.... sah sah mesti dah penuh ni. Tak apa, takde rezeki harini. And tak sampai lima saat aku bermonolog, terus pekerja tu cakap "Maaf cik sebab meja dah penuh untuk reservation. SO kitorang pun baliklah dengan hati lara & end up berbuka di Pizza Hut dekat Giant Sungai Petani. Ahaks. Okay not bad lah sebab aku memang teringin nak makan pizza pun masa tu. So craving well-satisfied gitu!


LOCATION OF BIG MOUTH REPUBLIC CAFE

Okay, lokasi cafe ni terletak di Sungai Petani berdekatan Tol Selatan yang menuju ke Penang tu. Tahu tak? Dan cafe ni terletak sebelum tol Selatan tu tau. Bukan selepas. Kalau korang terlajak lepas tol tu habisla lepas Penang lah korang Haha! Sebab no uturn okay. Aku pun cuma samar samar saja ingat jalan nak pergi cafe tu. Tapi mudah saja sebenarnya nak pergi situ. First, cari dimana terletaknya tol Selatan dekat Sungai Petani tu, dan sebelum tol tu ada simpang masuk kanan untuk kita pergi. Contohnya nak pergi KFC, PARKSON, OR GUTI boutique. Semua satu kawasan dengan cafe tersebut. Bila once dah masuk kanan, Korang masuk kiri dekat satu simpang yang terletak berhadapan dengan Park Avenue Hotel. Haa mudah saja kan?

 TARAAAAAA! Okay ini lah cafe nya yang di panggil Big Mouth ni. Masa first kitorang sampai sini kan, aku memang terfikir kenapa cafe ni dipanggil Big Mouth? Nak tahu kenapa? Ha continue reading!


 Ni adalah our table yang telah di reserve oleh my sweetie, Ika Haron! Semuanya adalah untuk 14 orang makan. Sebenarnya kitorang buat even iftar together dengan our class KP1005E. Semuanya ada 28 orang, tapi 14 orang lagi tak dapat ikut atas sebab tiada kenderaan dan tidak sihat. So tinggal lah 14 orang yang merangkumi 3 orang jejaka dan yang lainnya semua bungass. Hikhik


Inilah my classmates yang sweet-sweet lagi bijaksana tau! Beauty in brain gitu.Yang paling hujung at the middle tu our class representative, Hazim nama dia tapi kitorang panggil "Abi" konon acah acah kitorang ni anak-anak dialah. And between him ialah Asyraf & Mior, our only gentlemen in this class & the rest tu semua rakan kelas. Dan lupa nak mention, aku yang tudung cream yang acah acah ayu tu. 




Izinkan kitorang acah acah 'Cherish Moments sikit tau' Mohon jangan menyampah hikhik

MENU AVAILABLE

Bila sebut pasal cafe, mestilah ada makanan dan kebanyakannya adalah western only kan. But NOT FOR THIS CAFE. Sebab cafe ni the best okay! Cafe ni bukan sahaja menyediakan western foods sahaja tau, tapi ada juga nasi, snacks & also some mee mihun bagai semua tu. Bagi aku, semuanya dah adequate sangat tau untuk penggemar makanan yang ada citarasa yang berbeza-beza. Di bawah ni adalah senarai menu yang ada di cafe ni.







SEE! Banyak gilakan. Aku first masa nak buat reservation tu, tengok nama makanan pun aku dah meleleh air liur. Konpius sangat nak makan mana satu. Tapi selepas setengah jam belek menu dia, aku pilih Lamb chop (Regular) + French Fries + Ribena lychee. Complete la tu kan? Jangan membazir tau kerana membazir tau amalan syaitan. Aku kira okay la order tiga tu sahaja. Our class rep, Hazim tu kan, dia pilih dua big meals dia sekali harung. Yang pelik tu dia dapatkan habiskan semua tau! Perut apalah dia ni kan.

SPECIAL ABOUT THIS CAFE?

1) AFFORDABLE PRICE
Jujur aku cakap, aku recommend sangat this cafe dekat korang sebab harga dia sangat affordable dan mampu milik oleh semua orang especially students ipta macam aku ni :') Kalau korang ada RM20 dalam tangan pun dah boleh datang makan dekat sini makan set nasi + air jus bagai tu. Kawan aku rileks je makan below RM10 tau haritu! Padahal bila tengok makanan dia, kita boleh teka macam harga rm30++

2) PORTION YANG SANGAT BESAR
Ha this one aku suka sangat nak cerita! Dan sebab ini juga lah kenapa cafe dinamakan sebagai BIG MOUTH. Korang tau tak, this cafe ada menyediakan dua jenis portion iaitu REGULAR dan juga BIG MOUTH. Untuk first try, aku sarankan untuk ambil Regular dulu sebab walaupun Regular, tapi makanan dia masya allah!!! Banyak gila weh serious aku tak tipu. Bukan setakat plate je besar, tapi portion dia pun dah boleh buat aku kenyang 2 hari. Contohnya, aku order Lamb chop haritu yang regular punya, tu pun rasa macam nazak sangat nak habis tau. Tapi untuk tidak bazir, aku try juga habiskan, yang tinggal hanya coslow sebab aku memang dah tak boleh sumbat dah. If sumbat jugak, aku sure aku tak boleh berjalan mahupun solat maghrib.




SEE? TENGOK AIR DIA PLEASE, tak main lah gelas. Sekali dia bagi MINI JAR terus kalau korang pilih special drinks. Harga pun murah. Baru RM8.50.

3) FAST& GOOD CUSTOMER SERVICE
Daripada kitorang start message owner cafe tu untuk reservation, sampailah kitorang balik, service dia sangat tip top! Jujur aku cakap masa kitorang duduk situ, dua tiga kali juga ada few pekerja yang akan datang untuk check every table whether dah dapat semua makanan yang diorder ke belum. Kan bagus begitu? Takdalah yang akan kebuluran atau tak puas hati nanti. Semua dapat makan cepat&balik pun cepat. 

4) GOOD HYGIENE
Nak juga aku sentuh soal kebersihan kedai ni. Which is in my opinion, cafe ni sangat menitik beratkan kebersihan. Sebabnya, semua table nampak bersih sangat even table tu diletak di kaki jalan luar cafe tu. Dan yang paling best, walaupun makanan sampai awal, dorang akan seal dulu dengan wrapping paper untuk elakkan mungkin daripada lalat, nyamuk, or anything yang berhabuk. Sebab tepi jalan kan, kereta lalu lalang bagai. So this is a good practice so far. 

5) KEMUDAHAN TEMPAT SOLAT
Mungkin yang ni ramai yang akan suka sebab kalau orang yang macam aku ni, bila pergi mana-mana, first thing mesti aku akan tengok ada tempat solat atau tidak. Tambah pula kalau lah waktu kita nak keluar tu macam dragged until next solat lima waktu, so this is very important! Tapi jangan risau, dekat cafe ni ada menyediakan surau. Ya, memang agak kecil dan impossible untuk solat sekaligus dekat situ. TAPI, untuk selesakan lagi, korang hanya perlu berjalan 20 langkah je dari cafe tu sebab di sebelah hujung kanan cafe tu ada satu dewan untuk solat. Aku rasa mungkin itu dipanggil surau sebab ramai juga staff-staff PARKSON yang pegi solat dekat situ. So tiada lagi yang perlu dirungsingkan lagi if korang nak lepas berapa jam sekali pun dekat cafe tu.




 Kitorang sedang berbuka puasa yang doanya diimamkan oleh our class representative, Hazim like again. Semua macam muka tak sabar nak makan! Hahaha

 This is how the cafe will look like at night. Dengan cahaya lampu Parkson berhadapan dia, dah macam korang lepak kedai makan biasa tapi high class sikit!



Last but not least, aku rasa sampai sini saja info yang aku mampu kongsi dekat korang yang Food Hunter tu! Serious aku cakap korang tak kan menyesal. Dan kesempatan ni aku nak ucap Selamat Berpuasa bagi 10 malam terakhir ini ya. Sesungguhnya berpuasa itu boleh melahirkan orang yang bertaqwa! Jaga kesihatan selalu okay! Bagi yang rasa nak try rasa pengalaman sendiri di cafe ni. Boleh contact this number provided :-

BIG MOUTH REPUBLIC CONTACT NUMBER



+6012-4379003


Make sure korang buat reservation dulu before pergi sana tau. Kalau tidak, jadi lah macam aku masa first time datang :') Tak pepasal kena makan dekat Pizza Hut. 




Tuesday 7 July 2015

Sabar saja lah!

Jam menunjukkan pukul 11:39am, dan mungkin masih ramai yang sedang bekerja ataupun sedang menghadiri kuliah masing-masing. Alhamdulillah harini seronok betul sebab kelas yang sepatutnya pada jam 11 pagi cancel, Aku apa lagi memang kenduri lah sekarang, pulang ke bilik,capai laptop & here i am! hikhik. Tapi jangan seronok sangat asma, kau masih ada kelas pukul 4petang nanti. Mohon sedar. Hurm, baru pagi ni,tengahari pun belum sampai lagi, petang apatah lagi, senja tu jauh sekali. tapi perut dah berkeroncong macam apa lagi ni. Sabarlah wahai hati, sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman...

Entri kali ni tiada yang serius hingga akan mengerutkan dahi sesiapa bila membaca, tapi hanya sekadar bual kedai kopi saja. Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Julai! Wah, cepatnya masa berlalu. Dan bermakna aku dah belajar di UiTM ni hampir sebulan dah. Fuh, mantop! 

"Teruskan perjuanganmu wahai diri" - kata hati

Hampir sebulan aku menetap dan belajar di sini, macam macam dah berlaku. Ada yang suka, ada yang duka, dan ada juga yang membuat aku fikir sama ada nak suka ke nak duka. Contohnya, minggu pertama aku jejak di sini dah tak sihat, tukar angin agaknya. Biasalah, first time berdikari sebagai pelajar universiti. Lepas seminggu tu pulak, aku batuk kering sampai tak mampu nak cakap banyak. Masa tu aku sangatlah pelik & aneh kenapa lah batuk masih tak sembuh,padahal dah hampir setengah botol aku langgah ubat batuk roomate kesayangan i tu tau, tapi tak lega lega juga. Bila dah dekat seminggu batuk, sampaikan kelasmet pun dah mula tanya "Kau kenapa" Awak kenapa" "Are u sick" Hok oloh, kaya' artis sahaja aku ketika itu. Ada juga yang ambil berat rupanya. Ahaks. Lepas seminggu batuk, barulah aku dapat tahu punca dan solusinya. Rupa-rupanya aku tak boleh minum air water cooler yang pihak kolej sediakan tu. Tapi yang hairannya ada setengah orang boleh je minum, sihat saja. Entahla. Kata abah, air tu memang tak bagus untuk kesihatan. Sebab air tu tidak ditapis dengan bersih, dan ada kemungkinan penapis dalam mesin tu tidak dicuci dan membuatkan air itu rosak&tidak sihat. Wallauhalam.


2 minggu pertama aku sebagai pelajar, alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja perjalanannya. Tapi bila datang minggu keempat, terjadi lah satu kisah seram ringkas yang sampai sekarang tak boleh nak lut dalam minda aku ni. :') Ada ke patut wak, aku lewat bangun tidur padahal kelas pada haritu sangatlah awal! Kejadian ni terjadi pada minggu lepas hari Rabu. Malam rabu tu aku balik kolej lewat sebab ada latihan tarian sampai jam 1230malam. Bila sampai kolej,nak tukar baju lagi, gosok gigi lagi, borak lagi dah 15minit, gelak pun dah 5 minit, biasalah gegurls, banyak sangat story nak dikongsi. Jadi malam tu aku tidur pukul 2 pagi tak lebih tak kurang. Nak dijadikan cerita, roomates aku sangatlah baik hati sebab diorang akan kejut kami semua untuk sahur. Tapi pada hari tu, ceritanya begini...Bila dah pagi, aku pun bangunlah dengan riang hati. Tapi...

*rasa macam ada cahaya flicked through windows kolej* "Like seriously !!!"
Aku pun bangun macam nampak hantu lepas tu cepat cepat turun bawah. Huish, lagi sikit nak terjatuh katil tau! Sebab aku tidur tingkat atas. Bila dah capai phone, tengok tengok jam, masyaallah.. dah pukul 745pagi dah!

"KELASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!" spontan aku menjerit sambil capai towel, bakul mandi, dalam keadaan separa sedar dan melelong lelong. Waktu tengah mandi tu, aku macam terfikir je nak mandi ke tanak nak mandi ke tanak, tetapi disebabkan aku tiada gap yang panjang untuk mandi kemudian, jadi aku pun cepat-cepat mandi kerbau, kalah hussein bolt tau uols.
Yang kelakarnya tu, time mandi sempat lagi fikir yang bukan bukan yang semuanya berupa alasan.

"Ish, lewat ni. Kalau aku pergi juga, tak apa ke?"
"Ala, pergi jelah. Cakap je kau sakit perut"
"Lecturer percaya ke nanti muka sihat saja ni"
"Tak pergi takpa tak?"
"Nak bagi alasan apa ni kalau tak pergi?" 
"Alaaaaa alaaa alaaaaaaa"

Tengah duk fikir segala persoalan yang sebegitu, tengok-tengok dah hampir siap dah pun aku untuk ke kelas. Haritu jangan tanya lah tudung warna apa aku pakai, baju apa dan seluar apa aku pakai. Everything was terrible sangat! "Tak apa! Janji cepat sampai" kata hatiku.

Sebelum keluar tu sempat lagi aku tanya pada salah sorang roomate aku, Ida namanya, (Masa tu dah 754am, kelas pukul 8am)

"Korang tak bangun sahur ke harini?" Aku bertanya sambil kemas beg dan capai buku apa yang patut.

Ida: "Laaaaaaaam orang punya gerak dia sampai tiga kali, As yang tak bangun. As bangun bersila sat lepas tu sambung lena balik"

Tahu apa reaksi aku???? Tahu taaaaaaaak? Aku macam tak percaya je. Dalam kepala ni mula lah nak fikir "Eh betol ke ni? Tipu kot!" Tak kan lah tak sedar langsung........

Tapi masalahnya memang kau tak sedar wahai asma......

Bayangkanlah betapa lajunya aku berjalan dalam erti kata lain lebih kepada berlari ayam naik turun tangga macam orang sasau je gayanya. Nasib baik tak terjatuh ke tertomoih kat mana mana ke. Aduhai. Bila dah sampai dekat bangunan B dimana kelas selalunya berlangsung, haaaaaaa sudah, lari punya lari tadi tapi tak tengok dulu jadual first class buat dekat mana. Aduhai asma, mengapa jadi begini. Aku pun dengan pantas capai phone dan dail number kelasmet. Lelaki pun lelaki lah asalkan aku sampai cepat!

Sebaik sahaja sampai, aku tolak pintu, semua pandang aku macam aku baru lepas bunuh orang. Atas bawah atas bawah dorang scan, baik kelasmets, baik lecturer :') Aku pun hanya mampu bagi respond 

"Sorry madam, i was late!"
"Its okay, Don't do often ha" Sebelum dia balas aku punya respon, sempat lagi dia jegil kan mata dekat aku tapi syukur, dia jegil jegil manja saja tu. Ahaks! Aku pun jalan la serupa pesalah cari tempat duduk kosong. Bila dah duduk, aku pun mula lah nak keluarkan cermin kecil untuk rapikan tudung yang tah apa apa tadi tu. Yelah, aku lari kot! Tapi lepas beberapa saat, kelasmet aku bagitahu 

"As, our drama presentation will be next" Time tu ada a group yang tengah buat drama di depan.

Reaksi aku masa tu.........................Rasa nak jerit. nak nangis semua ada. Sudahla penat buat larian pecut 5 minit lepas, lepas tu kena berlakon pula! Yang paling teruk lagi skrip pun tak baca apa! Allahu, tapi aku cuba juga berlakon dengan lagak spontan, konon konon expert lah memandangkan aku merupakan heroin dalam drama tu, jadi apa aku cakap, mereka pandai pandailah goreng ye. Hikhik

So, overall sepanjang hari tu saja, aku buat tiga presentations termasuklah drama bagi course 080, elc091, dan juga law016. Alhamdulillah, walaupun perjalanan haritu tak berapa nak smooth, tapi aku dapat atasi nya dengan baik. Bak kata orang, "Allah tests you as you can" Allah susun hari hari senang dan hari hari sukar anda, kerana Dia maha tahu, anda mampu hadapinya dengan baik sekali. Yang penting, rasional tu mau ada Ye dak? Aku harap perkara ni tak kan berulang lagi, 
jika tidak, mati lah nak..

Me:By the way bagi yang dah dapat elaun biasiswa KPTM tu harini, guna lah dengan cermat ya. Kang berjoli sakan sampai hujung bulan,semua buat maggi sebagai makanan suji korang! werkz

Sunday 28 June 2015

A good starting


Belum apa apa lagi, balik kelas saja buka almari capai laptop dulu. Bukannya nak buat tasks yang beratur tunggu disiapkan, lain pulak kerja yang nak dibuat. Macam sekarang, baru saja habis kelas, oh ya belum habis lagi pun, baru satu kelas, dua kelas lagi masih ternanti-nanti. Satu pukul dua satu lagi pukul 4. Maka, habislah pada pukul 6 petang. Pejam celik pejam celik kita dah tempuhi bulan puasa Almubarokah ini, cepat sangat masa berlalu. So apa cerita semua? Masih bermaya kah? Masih cerdas kah? Atau masih mengantuk di tempat kerja/belajar? Sebut pasal puasa, Alhamdulillah dah 11 hari rupanya kita berpuasa. Memandangkan aku dah mula masuk dunia kampus, ofcourse lah berpuasa pun di campuslah sepanjang bulan ni. Masuk harini dah minggu kedua aku berpuasa di kolej dengan kawan-kawan baru dekat sini.


Mulanya niat hati suci ni nak kongsi dengan anda semua tentang surrounding dekat Kampus yang aku belajar ni dah dekat sebulan dah rasanya. So buat pengetahuan anda & pengetahuan saudari saudara semua, aku kini belajar di UiTM, Merbok cawangan Kedah. Hahaha ala kampung sendiri je pun. Cewah. Tu pun hari-hari nak balik rumah, mentang mentanglah rumah dekat. Bak kata orang dulu "Kentut pun dengar weeeh" Kenapa dan mengapa aku pilih jalan ini? Dan kenapa bukan jalan itu? Sebab pertama dan utama ialah, aku tiada pilihan lain. Okay, sebenarnya ada. Tapi mungkin ini destinasi aku? Aku juga dapat tawaran ke Matrikulasi Changlun Kedah, tapi aku tolak tawaran itu sebab mungkin aku sedar otak aku boleh pegi jauh dalam field yang macam mana. Yalah, orang cakap walaupun kita minat, tapi jika tiada skill, tiada guna juga. Memandangkan waktu SPM, subject paling favourite aku ialah subject Biology & Kimia SELAIN bahasa Inggeris, tapi malangnya aku hanya dapat score A hanya untuk subject kimia, dan tidak bagi subject Biology. Jadi dari situ aku cuba tanamkan padamkan hapuskan angan-angan nak jadi doctor bila besar nanti. Ayuh menangis beramai-ramai!


Sebab kedua aku tolak tawaran Matrikulasi juga ialah kerana mungkin dengan cara aku terima bidang di UiTM ni, aku dapat escape from any Scientific terms&Physics Law bagai tu. And the most important thing is! Aku benci Calculation. So Disebabkan faktor faktor inilah yang mendorong aku untuk terima tawaran ke UiTM ni. Dan faktor penting juga ialah, I boleh balik rumah every week sebab dekat okay uols! Tolong cemburu sikit. Haha. Sebut pasal UiTM Merbok, Kedah. Mesti akan ada yang bertanya "Kat UiTM tu hang ambik course apa? Diploma ke asasi? Ke Degree? Hahahaha amboi kemain uols" Alhamdulillah dengan berkat doa ibu bapa&doa aku sendiri mungkin, Aku kini sedang belajar di UiTM bagi Asasi Undang-Undang UiTM. So macam mana setakat ni? Best? Susah? Bagi aku, soal best ke tak best tu, anda sendiri yang kena make it true. Sebabnya, duduk tang mana pun anda haruslah enjoy. Jika tak enjoy, Maka tak best lah anda disitu. Jujur dari aku pula, sini seronok lah juga sebab UiTM ni cantik view dia, Ada tasik, Bukit bukau lagi uols. Dan sebab bukit bukau ni lah membuatkan anda punya kolej kediaman dengan kelas/fakulti jadi sangatlah jauh. Waktu kali petama aku pijak atas tanah UiTM ni, dan teringat lagi masa MDS short term kepada Minggu Destini Siswa, akan ada satu slot yang diurus oleh senior anda, waktu tu anda akan dibawa pusing satu keliling UiTM untuk merasai pengalaman best ke tidak perjalanan nak pergi kelas dari kolej kediaman anda. Haha dari situ baru anda tahu nikmat sebenar berjalan kaki.


Sampailah harini aku belajar sini, okay saja semuanya, Tiadapun merana macam dalam penjara. Seronok juga! Tambah dengan kawan kawan baru, Roomates pun bagus-bagus. Dah bagus, kelakar pula tu. Tak larat lah aku nak gelak macam hilang akal tiap-tiap senja waktu berbuka puasa sekali. Makanan sini pun sedap sedap. Lecturers pun baik-baik sangat. Tapi yang paling penting ialah, niat kita. Datang sini nak belajar, bukan nak bercuti. So cuba terima dengan redha&have faith.Cherish every moment since you still have chance to do it. Rasanya sampai sini saja cerita kedai kopi untuk harini. Next post insya Allah aku akan post tentang 7 courses yang aku ambil untuk Semester Pertama & preview kolej kediaman aku di UiTM ni. xoxo!


Dah niat puasa belum untuk esok?

Friday 12 June 2015

HALA TUJU LEPASAN SPM2014

Selamat petang semua. Lama nya tak menulis! Its been a long time since i updated my blog. Rasanya dah dekat dua tahun dan kini masih dalam PRIVATE, tapi insyallah selepas post ni akan di PUBLIC kan kembali. Dan ya yang pastinya ia sangat berhabuk dan sangat CHILDISH. Hahah iols yang baca tahun 2015 ni rasa macam OH My god, apa aku tulis ni. But its okay. Im growing up okay. Even you, yourself also do. So to cut short, alhamdulillah aku dah berjaya tamat kan zaman persekolahan dengan baik sekali sejak 2009-2015 di Smk Sultan Badlishah, Kulim Kedah. Ive experienced alot of things throughout the years and Im officially Lepasan SPM 2014. ALhamdulillah takda lagi zaman baju putih kain biru.Yang ada cuma kesukaran untuk fikir nak pakai baju apa ke kelas setiap hari. InsyaAllah. Haha


SPM2014?

Okay, aku duduki peperiksaan SPM2014 pada November tak silap, And it took around 3weeks for sitting all subjects that has been taken. Dan pada disember, aku dah habis sekolah dan duduk di rumah dengan menternak lemak di badan. PasaZaql keputusan, Alhamdulillah aku dah bersyukur sangat walaupun apa yang ditarget tak dapat, tidak mengapa. Aku tahu ada hikmah dan yang paling penting ada LESSON disitu. Alhamdulillah sekali lagi dengan berkat doa mama abah, and other persons, rezeki aku hanya 6a untuk SPM2014. Jadi, dah terjawab untuk persoalan pertama.




PERJALANAN SELEPAS SPM?

Kita mula dari bulan disember yakni selepas habis saja aku dari zaman Tingkatan 5, aku ambil masa lama jugaklah nak cari kerja. Sebabnya masa tu memang susah sangat nak cari kerja dengan bekalan umur yang masih 17 Tahun ni. Memang employer atau kedai kedai besar macam McDonald, Kfc, TheStore malah butik baju pun macam Gene Martino pun hanya ambil pekerja yang 18 keatas. Dan yang lebih teruk lagi, 18 Tahun bukan ikut tahun ye, tapi kena pastikan dah cukup umur ke belum. Kalau birthday awak hujung tahun macam bulan 5keatas, memang nasib awak lah. Memang ada kawan kawan aku yang tak kerja sampai masuk belajar hanya sebab dia lahir bulan disember.

Alright,bila dah masuk bulan Januari, Alhamdulillah aku dapat kerja di Damiral's Bread, Kulim Kedah. Syukur lah dekat sini tak perlu sangat syarat kena cukup umur or apa apa lah yang leceh. haha. To be honest, kerja dekat situ sangat lah seronok. Sebab satu kerjanya senang, cukup lah sekadar kau tahu guna mesin duit, packing roti, dan hafal nama-nama berpuluh kek dan roti dekat kedai tu,Adalah around 20 biji roti bun dan 30jenis packing bun dekat kedai tu, Keknya pula MasyaAllah...Sangatlah sedap hingga menjilat jari! DAN YANG PALING PENTING! Bakery ni dibina dan chef chef dia semua beragama islam. Nak juga aku promote di sini antara kek yang paling sedap ialah Choc moist plain cheese, Tiramisu, dan juga Dobossce. Dan kalau yang minat kek yang ala ala Choc Indulgence Secret Recipe tu boleh la cuba kek Double Dutch dekat situ. INsyaAllah berbaloi dengan harga dan sedap.


MATRIKULASI

Stop kejap pasal kerja sambilan, nak jugak aku selitkan dekat sini yang masa hujung zaman sekolah tu pihak sekolah akan suruh semua pelajar Tingkatan Lima untuk beli nombor Pin dekat Bank BSN untuk permohonan masuk ke MATRIKULASI. Ada sekolah yang tolong belikan untuk semua pelajar, dan ada jugak sekolah yang suruh buat sendiri. Tapi paling penting, kena alert lah okay bila tarikh permohonan matrik ni dibuka. Tak rugi kalau minta, Dan kalau dah dapat, terpulang nak pergi ke tidak. Macam aku? Ha nanti aku cerita. Hehe. Okay Habis soal MATRIKULASI, kita pergi kepada IPG.

IPG

Sementara aku buat kerja sambilan, aku buat permohonan untuk masuk ke IPG. APa itu IPG? IPG ini shortorm kepada Institut Pendidikan Guru dimana, semua pelajar SPM atau lepasan mana mana boleh apply dengan syarat, keputusan SPM perlulah 5A ke atas dan semua subjek diambil credit(Berdasarkan syarat IPG 2015). Jadi untuk mencuba nasib, aku pun apply lah untuk IPG ni, Mana lah tahu rezeki Allah nak bagi. Tapi malangnya.......Aku tak dapat sebab gagal dalam temu duga yang terakhir sebelum berjaya masuk ke IPG. Tak apa. Yang penting pengalaman. Hehe. Pasal IPG ni aku tak sempat nak cerita detail, InsyaAllah kalau rajin aku akan buat new post pasal perjalanan permohonan IPG ni.

UNIVERSITI/KOLEJ SWASTA

Selain daripada IPG dan MATRIKULASI, aku juga ada minta beberapa universiti swasta. Contohnya , UNIKL. Cara nak mohon universiti/kolej swasta lah yang paling senang sebenarnya. Sebabnya, tak perlu beli nombor pin atau pergi ke universiti untuk buat permohonan. Macam pengalaman aku, aku hanya pergi ke laman website utama Universiti yang nak apply, lepas tu kena alert bila tarikh permohonan kemasukan dibuka. Itu saja! Senang kan?


UPU

Okay ini part paling penting! Selepas dah selesai semua, keputusan dah dapat, aku buat permohonan masuk ke UPU. UPU ni adalah laman yang urus soal kemasukan pelajar lepasan SPM atau STPM. Cara nak mohon UPU ni pertama, kena ke bank BSN untuk beli nombor pin dengan harga rm11.50 kot, Tak ingat hehe. Okay lepas dah beli, buka la website upu dan daftar lah apa yang patut diisi. PEringatan! waktu pilih universiti atau bidang/course yang kita nak tu, aku nasihatkan semak dulu syarat kelayakan dulu sebabnya, kalau main isi je. COntohnya, keputusan SPM tak cemerlang, tapi minta universiti yang gah atau course yang tak sesuai. Kalau baik nasib awak, dapatlah salah satu pilihan dari 8 yang kau pilih. Tapi kalau nasib tak baik, seperti ramai lepasan SPM yang terkena, permohonan anda automatik tidak berjaya. Dan caranya, kena buat rayuan yang kedua :)

Bab sambung belajar, hanya itu saja lah kot(seingat aku) yang aku apply untuk sambung belajar. Dan kalau ada yang tertinggal, aku akan update dari hari ke hari. Bab kerja sambilan pulak, pada 10Mei 2015, aku berhenti sebab pertama, abah suruh berhenti, haha! Kedua, sebab nak simpan masa untuk rehat sepenuhnya sebelum masuk belajar. Hehe. Alhamdulillah sekali lagi, masa lapang aku diisi dengan begitu packed dan worth it.Dan sekarang, aku dah bergelar pelajar universiti. Universiti mana, insya allah next post kita bertemu lagi. Hehe rasanya setakat ini saja perkongsian aku setakat ini. Till we meet again!