About me

Sunday 28 June 2015

A good starting


Belum apa apa lagi, balik kelas saja buka almari capai laptop dulu. Bukannya nak buat tasks yang beratur tunggu disiapkan, lain pulak kerja yang nak dibuat. Macam sekarang, baru saja habis kelas, oh ya belum habis lagi pun, baru satu kelas, dua kelas lagi masih ternanti-nanti. Satu pukul dua satu lagi pukul 4. Maka, habislah pada pukul 6 petang. Pejam celik pejam celik kita dah tempuhi bulan puasa Almubarokah ini, cepat sangat masa berlalu. So apa cerita semua? Masih bermaya kah? Masih cerdas kah? Atau masih mengantuk di tempat kerja/belajar? Sebut pasal puasa, Alhamdulillah dah 11 hari rupanya kita berpuasa. Memandangkan aku dah mula masuk dunia kampus, ofcourse lah berpuasa pun di campuslah sepanjang bulan ni. Masuk harini dah minggu kedua aku berpuasa di kolej dengan kawan-kawan baru dekat sini.


Mulanya niat hati suci ni nak kongsi dengan anda semua tentang surrounding dekat Kampus yang aku belajar ni dah dekat sebulan dah rasanya. So buat pengetahuan anda & pengetahuan saudari saudara semua, aku kini belajar di UiTM, Merbok cawangan Kedah. Hahaha ala kampung sendiri je pun. Cewah. Tu pun hari-hari nak balik rumah, mentang mentanglah rumah dekat. Bak kata orang dulu "Kentut pun dengar weeeh" Kenapa dan mengapa aku pilih jalan ini? Dan kenapa bukan jalan itu? Sebab pertama dan utama ialah, aku tiada pilihan lain. Okay, sebenarnya ada. Tapi mungkin ini destinasi aku? Aku juga dapat tawaran ke Matrikulasi Changlun Kedah, tapi aku tolak tawaran itu sebab mungkin aku sedar otak aku boleh pegi jauh dalam field yang macam mana. Yalah, orang cakap walaupun kita minat, tapi jika tiada skill, tiada guna juga. Memandangkan waktu SPM, subject paling favourite aku ialah subject Biology & Kimia SELAIN bahasa Inggeris, tapi malangnya aku hanya dapat score A hanya untuk subject kimia, dan tidak bagi subject Biology. Jadi dari situ aku cuba tanamkan padamkan hapuskan angan-angan nak jadi doctor bila besar nanti. Ayuh menangis beramai-ramai!


Sebab kedua aku tolak tawaran Matrikulasi juga ialah kerana mungkin dengan cara aku terima bidang di UiTM ni, aku dapat escape from any Scientific terms&Physics Law bagai tu. And the most important thing is! Aku benci Calculation. So Disebabkan faktor faktor inilah yang mendorong aku untuk terima tawaran ke UiTM ni. Dan faktor penting juga ialah, I boleh balik rumah every week sebab dekat okay uols! Tolong cemburu sikit. Haha. Sebut pasal UiTM Merbok, Kedah. Mesti akan ada yang bertanya "Kat UiTM tu hang ambik course apa? Diploma ke asasi? Ke Degree? Hahahaha amboi kemain uols" Alhamdulillah dengan berkat doa ibu bapa&doa aku sendiri mungkin, Aku kini sedang belajar di UiTM bagi Asasi Undang-Undang UiTM. So macam mana setakat ni? Best? Susah? Bagi aku, soal best ke tak best tu, anda sendiri yang kena make it true. Sebabnya, duduk tang mana pun anda haruslah enjoy. Jika tak enjoy, Maka tak best lah anda disitu. Jujur dari aku pula, sini seronok lah juga sebab UiTM ni cantik view dia, Ada tasik, Bukit bukau lagi uols. Dan sebab bukit bukau ni lah membuatkan anda punya kolej kediaman dengan kelas/fakulti jadi sangatlah jauh. Waktu kali petama aku pijak atas tanah UiTM ni, dan teringat lagi masa MDS short term kepada Minggu Destini Siswa, akan ada satu slot yang diurus oleh senior anda, waktu tu anda akan dibawa pusing satu keliling UiTM untuk merasai pengalaman best ke tidak perjalanan nak pergi kelas dari kolej kediaman anda. Haha dari situ baru anda tahu nikmat sebenar berjalan kaki.


Sampailah harini aku belajar sini, okay saja semuanya, Tiadapun merana macam dalam penjara. Seronok juga! Tambah dengan kawan kawan baru, Roomates pun bagus-bagus. Dah bagus, kelakar pula tu. Tak larat lah aku nak gelak macam hilang akal tiap-tiap senja waktu berbuka puasa sekali. Makanan sini pun sedap sedap. Lecturers pun baik-baik sangat. Tapi yang paling penting ialah, niat kita. Datang sini nak belajar, bukan nak bercuti. So cuba terima dengan redha&have faith.Cherish every moment since you still have chance to do it. Rasanya sampai sini saja cerita kedai kopi untuk harini. Next post insya Allah aku akan post tentang 7 courses yang aku ambil untuk Semester Pertama & preview kolej kediaman aku di UiTM ni. xoxo!


Dah niat puasa belum untuk esok?

Friday 12 June 2015

HALA TUJU LEPASAN SPM2014

Selamat petang semua. Lama nya tak menulis! Its been a long time since i updated my blog. Rasanya dah dekat dua tahun dan kini masih dalam PRIVATE, tapi insyallah selepas post ni akan di PUBLIC kan kembali. Dan ya yang pastinya ia sangat berhabuk dan sangat CHILDISH. Hahah iols yang baca tahun 2015 ni rasa macam OH My god, apa aku tulis ni. But its okay. Im growing up okay. Even you, yourself also do. So to cut short, alhamdulillah aku dah berjaya tamat kan zaman persekolahan dengan baik sekali sejak 2009-2015 di Smk Sultan Badlishah, Kulim Kedah. Ive experienced alot of things throughout the years and Im officially Lepasan SPM 2014. ALhamdulillah takda lagi zaman baju putih kain biru.Yang ada cuma kesukaran untuk fikir nak pakai baju apa ke kelas setiap hari. InsyaAllah. Haha


SPM2014?

Okay, aku duduki peperiksaan SPM2014 pada November tak silap, And it took around 3weeks for sitting all subjects that has been taken. Dan pada disember, aku dah habis sekolah dan duduk di rumah dengan menternak lemak di badan. PasaZaql keputusan, Alhamdulillah aku dah bersyukur sangat walaupun apa yang ditarget tak dapat, tidak mengapa. Aku tahu ada hikmah dan yang paling penting ada LESSON disitu. Alhamdulillah sekali lagi dengan berkat doa mama abah, and other persons, rezeki aku hanya 6a untuk SPM2014. Jadi, dah terjawab untuk persoalan pertama.




PERJALANAN SELEPAS SPM?

Kita mula dari bulan disember yakni selepas habis saja aku dari zaman Tingkatan 5, aku ambil masa lama jugaklah nak cari kerja. Sebabnya masa tu memang susah sangat nak cari kerja dengan bekalan umur yang masih 17 Tahun ni. Memang employer atau kedai kedai besar macam McDonald, Kfc, TheStore malah butik baju pun macam Gene Martino pun hanya ambil pekerja yang 18 keatas. Dan yang lebih teruk lagi, 18 Tahun bukan ikut tahun ye, tapi kena pastikan dah cukup umur ke belum. Kalau birthday awak hujung tahun macam bulan 5keatas, memang nasib awak lah. Memang ada kawan kawan aku yang tak kerja sampai masuk belajar hanya sebab dia lahir bulan disember.

Alright,bila dah masuk bulan Januari, Alhamdulillah aku dapat kerja di Damiral's Bread, Kulim Kedah. Syukur lah dekat sini tak perlu sangat syarat kena cukup umur or apa apa lah yang leceh. haha. To be honest, kerja dekat situ sangat lah seronok. Sebab satu kerjanya senang, cukup lah sekadar kau tahu guna mesin duit, packing roti, dan hafal nama-nama berpuluh kek dan roti dekat kedai tu,Adalah around 20 biji roti bun dan 30jenis packing bun dekat kedai tu, Keknya pula MasyaAllah...Sangatlah sedap hingga menjilat jari! DAN YANG PALING PENTING! Bakery ni dibina dan chef chef dia semua beragama islam. Nak juga aku promote di sini antara kek yang paling sedap ialah Choc moist plain cheese, Tiramisu, dan juga Dobossce. Dan kalau yang minat kek yang ala ala Choc Indulgence Secret Recipe tu boleh la cuba kek Double Dutch dekat situ. INsyaAllah berbaloi dengan harga dan sedap.


MATRIKULASI

Stop kejap pasal kerja sambilan, nak jugak aku selitkan dekat sini yang masa hujung zaman sekolah tu pihak sekolah akan suruh semua pelajar Tingkatan Lima untuk beli nombor Pin dekat Bank BSN untuk permohonan masuk ke MATRIKULASI. Ada sekolah yang tolong belikan untuk semua pelajar, dan ada jugak sekolah yang suruh buat sendiri. Tapi paling penting, kena alert lah okay bila tarikh permohonan matrik ni dibuka. Tak rugi kalau minta, Dan kalau dah dapat, terpulang nak pergi ke tidak. Macam aku? Ha nanti aku cerita. Hehe. Okay Habis soal MATRIKULASI, kita pergi kepada IPG.

IPG

Sementara aku buat kerja sambilan, aku buat permohonan untuk masuk ke IPG. APa itu IPG? IPG ini shortorm kepada Institut Pendidikan Guru dimana, semua pelajar SPM atau lepasan mana mana boleh apply dengan syarat, keputusan SPM perlulah 5A ke atas dan semua subjek diambil credit(Berdasarkan syarat IPG 2015). Jadi untuk mencuba nasib, aku pun apply lah untuk IPG ni, Mana lah tahu rezeki Allah nak bagi. Tapi malangnya.......Aku tak dapat sebab gagal dalam temu duga yang terakhir sebelum berjaya masuk ke IPG. Tak apa. Yang penting pengalaman. Hehe. Pasal IPG ni aku tak sempat nak cerita detail, InsyaAllah kalau rajin aku akan buat new post pasal perjalanan permohonan IPG ni.

UNIVERSITI/KOLEJ SWASTA

Selain daripada IPG dan MATRIKULASI, aku juga ada minta beberapa universiti swasta. Contohnya , UNIKL. Cara nak mohon universiti/kolej swasta lah yang paling senang sebenarnya. Sebabnya, tak perlu beli nombor pin atau pergi ke universiti untuk buat permohonan. Macam pengalaman aku, aku hanya pergi ke laman website utama Universiti yang nak apply, lepas tu kena alert bila tarikh permohonan kemasukan dibuka. Itu saja! Senang kan?


UPU

Okay ini part paling penting! Selepas dah selesai semua, keputusan dah dapat, aku buat permohonan masuk ke UPU. UPU ni adalah laman yang urus soal kemasukan pelajar lepasan SPM atau STPM. Cara nak mohon UPU ni pertama, kena ke bank BSN untuk beli nombor pin dengan harga rm11.50 kot, Tak ingat hehe. Okay lepas dah beli, buka la website upu dan daftar lah apa yang patut diisi. PEringatan! waktu pilih universiti atau bidang/course yang kita nak tu, aku nasihatkan semak dulu syarat kelayakan dulu sebabnya, kalau main isi je. COntohnya, keputusan SPM tak cemerlang, tapi minta universiti yang gah atau course yang tak sesuai. Kalau baik nasib awak, dapatlah salah satu pilihan dari 8 yang kau pilih. Tapi kalau nasib tak baik, seperti ramai lepasan SPM yang terkena, permohonan anda automatik tidak berjaya. Dan caranya, kena buat rayuan yang kedua :)

Bab sambung belajar, hanya itu saja lah kot(seingat aku) yang aku apply untuk sambung belajar. Dan kalau ada yang tertinggal, aku akan update dari hari ke hari. Bab kerja sambilan pulak, pada 10Mei 2015, aku berhenti sebab pertama, abah suruh berhenti, haha! Kedua, sebab nak simpan masa untuk rehat sepenuhnya sebelum masuk belajar. Hehe. Alhamdulillah sekali lagi, masa lapang aku diisi dengan begitu packed dan worth it.Dan sekarang, aku dah bergelar pelajar universiti. Universiti mana, insya allah next post kita bertemu lagi. Hehe rasanya setakat ini saja perkongsian aku setakat ini. Till we meet again!