About me

Sunday 28 June 2015

A good starting


Belum apa apa lagi, balik kelas saja buka almari capai laptop dulu. Bukannya nak buat tasks yang beratur tunggu disiapkan, lain pulak kerja yang nak dibuat. Macam sekarang, baru saja habis kelas, oh ya belum habis lagi pun, baru satu kelas, dua kelas lagi masih ternanti-nanti. Satu pukul dua satu lagi pukul 4. Maka, habislah pada pukul 6 petang. Pejam celik pejam celik kita dah tempuhi bulan puasa Almubarokah ini, cepat sangat masa berlalu. So apa cerita semua? Masih bermaya kah? Masih cerdas kah? Atau masih mengantuk di tempat kerja/belajar? Sebut pasal puasa, Alhamdulillah dah 11 hari rupanya kita berpuasa. Memandangkan aku dah mula masuk dunia kampus, ofcourse lah berpuasa pun di campuslah sepanjang bulan ni. Masuk harini dah minggu kedua aku berpuasa di kolej dengan kawan-kawan baru dekat sini.


Mulanya niat hati suci ni nak kongsi dengan anda semua tentang surrounding dekat Kampus yang aku belajar ni dah dekat sebulan dah rasanya. So buat pengetahuan anda & pengetahuan saudari saudara semua, aku kini belajar di UiTM, Merbok cawangan Kedah. Hahaha ala kampung sendiri je pun. Cewah. Tu pun hari-hari nak balik rumah, mentang mentanglah rumah dekat. Bak kata orang dulu "Kentut pun dengar weeeh" Kenapa dan mengapa aku pilih jalan ini? Dan kenapa bukan jalan itu? Sebab pertama dan utama ialah, aku tiada pilihan lain. Okay, sebenarnya ada. Tapi mungkin ini destinasi aku? Aku juga dapat tawaran ke Matrikulasi Changlun Kedah, tapi aku tolak tawaran itu sebab mungkin aku sedar otak aku boleh pegi jauh dalam field yang macam mana. Yalah, orang cakap walaupun kita minat, tapi jika tiada skill, tiada guna juga. Memandangkan waktu SPM, subject paling favourite aku ialah subject Biology & Kimia SELAIN bahasa Inggeris, tapi malangnya aku hanya dapat score A hanya untuk subject kimia, dan tidak bagi subject Biology. Jadi dari situ aku cuba tanamkan padamkan hapuskan angan-angan nak jadi doctor bila besar nanti. Ayuh menangis beramai-ramai!


Sebab kedua aku tolak tawaran Matrikulasi juga ialah kerana mungkin dengan cara aku terima bidang di UiTM ni, aku dapat escape from any Scientific terms&Physics Law bagai tu. And the most important thing is! Aku benci Calculation. So Disebabkan faktor faktor inilah yang mendorong aku untuk terima tawaran ke UiTM ni. Dan faktor penting juga ialah, I boleh balik rumah every week sebab dekat okay uols! Tolong cemburu sikit. Haha. Sebut pasal UiTM Merbok, Kedah. Mesti akan ada yang bertanya "Kat UiTM tu hang ambik course apa? Diploma ke asasi? Ke Degree? Hahahaha amboi kemain uols" Alhamdulillah dengan berkat doa ibu bapa&doa aku sendiri mungkin, Aku kini sedang belajar di UiTM bagi Asasi Undang-Undang UiTM. So macam mana setakat ni? Best? Susah? Bagi aku, soal best ke tak best tu, anda sendiri yang kena make it true. Sebabnya, duduk tang mana pun anda haruslah enjoy. Jika tak enjoy, Maka tak best lah anda disitu. Jujur dari aku pula, sini seronok lah juga sebab UiTM ni cantik view dia, Ada tasik, Bukit bukau lagi uols. Dan sebab bukit bukau ni lah membuatkan anda punya kolej kediaman dengan kelas/fakulti jadi sangatlah jauh. Waktu kali petama aku pijak atas tanah UiTM ni, dan teringat lagi masa MDS short term kepada Minggu Destini Siswa, akan ada satu slot yang diurus oleh senior anda, waktu tu anda akan dibawa pusing satu keliling UiTM untuk merasai pengalaman best ke tidak perjalanan nak pergi kelas dari kolej kediaman anda. Haha dari situ baru anda tahu nikmat sebenar berjalan kaki.


Sampailah harini aku belajar sini, okay saja semuanya, Tiadapun merana macam dalam penjara. Seronok juga! Tambah dengan kawan kawan baru, Roomates pun bagus-bagus. Dah bagus, kelakar pula tu. Tak larat lah aku nak gelak macam hilang akal tiap-tiap senja waktu berbuka puasa sekali. Makanan sini pun sedap sedap. Lecturers pun baik-baik sangat. Tapi yang paling penting ialah, niat kita. Datang sini nak belajar, bukan nak bercuti. So cuba terima dengan redha&have faith.Cherish every moment since you still have chance to do it. Rasanya sampai sini saja cerita kedai kopi untuk harini. Next post insya Allah aku akan post tentang 7 courses yang aku ambil untuk Semester Pertama & preview kolej kediaman aku di UiTM ni. xoxo!


Dah niat puasa belum untuk esok?