About me

Friday 10 July 2015

Food travel : Big Mouth Republic Cafe

Hai & assalamualaikum semua! Please jawab, tak jawab korang tak comel okbye. 
Alright, Sebelum aku nak share dengan anda semua pasal entri yang cantik menarik tertarik kau memang deboom ni, aku nak tanya semua dah berbuka puasa kah? Juadah apakah yang menjadi santapan korang harini? Mi goreng? Koetew kungfu? Atau murtabak? Apa-apa pun yang korang makan, alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi oleh-Nya kepada kita sepanjang bulan puasa ni ye.Entri kali ni aku rasa semangat sangat nak cakap sebab it is all about fooooooood! Siapa yang kaki makan kaki travel for food or lebih mesra digelar 'Food Hunter' tu boleh lah join baca entri ni! I am sure you guys gonna try it & cannot resist to get your real exprience there! Happy reading :)

Firstly, let me story macam mana aku boleh jumpa dan how i decided to choose this cafe. Sebenarnya, pada petang 7 julai lepas, aku dengan tiga rakan mesra plan nak buka puasa dekat luar. jadi pada pukul 5.30 tu kitorang bertolak dari campus(UiTM Merbok) ke Big Mouth Cafe ni. Sebenarnya, Cafe ni adalah cadangan dari best guy-friend on earth aku yang bernama Imran @ lebih dikenali dengan nama manja yang diberi oleh aku, iaitu Imran Ajmain. Memandangkan dia stay lebih lama dari aku dekat Sungai Petani tu, so dia lah yang suggest kitorang untuk berbuka puasa disana. Punyalah eksaited tau nak tengok cafe tu macam mana, ekslusif ke tidak, besar ke tidak, famous ke tidak. Tapi.....Ha bila ada tapi ni yang buat semua orang stress kan. Malangnya sebaik sahaja kitorang sampai dekat situ, elok dah turun dari kereta semua kawan kawan aku macam :-

"Weh bukak cafe kah cafe tu? Macam tak buka ja" kata Imran yang tidak boleh dipercayai.
"Eh bukak la weh. Jom Jom" Kata kawannya seorang lagi.

Kitorang pun dengan lagak biasa jalan ke arah kedai tu. Okay masa tu memang tak ramai orang & banyak sangat meja kosong dekat situ. So aku macam bermonolog dalam hati macam "Fuh lega nasib baik tak ramai orang.." So bila kitorang dah berdiri betul betul depan kedai tu, datang seorang pekerja cafe tu & asked us whether we did a reservation or not. So masa tu aku dah tahu.... sah sah mesti dah penuh ni. Tak apa, takde rezeki harini. And tak sampai lima saat aku bermonolog, terus pekerja tu cakap "Maaf cik sebab meja dah penuh untuk reservation. SO kitorang pun baliklah dengan hati lara & end up berbuka di Pizza Hut dekat Giant Sungai Petani. Ahaks. Okay not bad lah sebab aku memang teringin nak makan pizza pun masa tu. So craving well-satisfied gitu!


LOCATION OF BIG MOUTH REPUBLIC CAFE

Okay, lokasi cafe ni terletak di Sungai Petani berdekatan Tol Selatan yang menuju ke Penang tu. Tahu tak? Dan cafe ni terletak sebelum tol Selatan tu tau. Bukan selepas. Kalau korang terlajak lepas tol tu habisla lepas Penang lah korang Haha! Sebab no uturn okay. Aku pun cuma samar samar saja ingat jalan nak pergi cafe tu. Tapi mudah saja sebenarnya nak pergi situ. First, cari dimana terletaknya tol Selatan dekat Sungai Petani tu, dan sebelum tol tu ada simpang masuk kanan untuk kita pergi. Contohnya nak pergi KFC, PARKSON, OR GUTI boutique. Semua satu kawasan dengan cafe tersebut. Bila once dah masuk kanan, Korang masuk kiri dekat satu simpang yang terletak berhadapan dengan Park Avenue Hotel. Haa mudah saja kan?

 TARAAAAAA! Okay ini lah cafe nya yang di panggil Big Mouth ni. Masa first kitorang sampai sini kan, aku memang terfikir kenapa cafe ni dipanggil Big Mouth? Nak tahu kenapa? Ha continue reading!


 Ni adalah our table yang telah di reserve oleh my sweetie, Ika Haron! Semuanya adalah untuk 14 orang makan. Sebenarnya kitorang buat even iftar together dengan our class KP1005E. Semuanya ada 28 orang, tapi 14 orang lagi tak dapat ikut atas sebab tiada kenderaan dan tidak sihat. So tinggal lah 14 orang yang merangkumi 3 orang jejaka dan yang lainnya semua bungass. Hikhik


Inilah my classmates yang sweet-sweet lagi bijaksana tau! Beauty in brain gitu.Yang paling hujung at the middle tu our class representative, Hazim nama dia tapi kitorang panggil "Abi" konon acah acah kitorang ni anak-anak dialah. And between him ialah Asyraf & Mior, our only gentlemen in this class & the rest tu semua rakan kelas. Dan lupa nak mention, aku yang tudung cream yang acah acah ayu tu. 




Izinkan kitorang acah acah 'Cherish Moments sikit tau' Mohon jangan menyampah hikhik

MENU AVAILABLE

Bila sebut pasal cafe, mestilah ada makanan dan kebanyakannya adalah western only kan. But NOT FOR THIS CAFE. Sebab cafe ni the best okay! Cafe ni bukan sahaja menyediakan western foods sahaja tau, tapi ada juga nasi, snacks & also some mee mihun bagai semua tu. Bagi aku, semuanya dah adequate sangat tau untuk penggemar makanan yang ada citarasa yang berbeza-beza. Di bawah ni adalah senarai menu yang ada di cafe ni.







SEE! Banyak gilakan. Aku first masa nak buat reservation tu, tengok nama makanan pun aku dah meleleh air liur. Konpius sangat nak makan mana satu. Tapi selepas setengah jam belek menu dia, aku pilih Lamb chop (Regular) + French Fries + Ribena lychee. Complete la tu kan? Jangan membazir tau kerana membazir tau amalan syaitan. Aku kira okay la order tiga tu sahaja. Our class rep, Hazim tu kan, dia pilih dua big meals dia sekali harung. Yang pelik tu dia dapatkan habiskan semua tau! Perut apalah dia ni kan.

SPECIAL ABOUT THIS CAFE?

1) AFFORDABLE PRICE
Jujur aku cakap, aku recommend sangat this cafe dekat korang sebab harga dia sangat affordable dan mampu milik oleh semua orang especially students ipta macam aku ni :') Kalau korang ada RM20 dalam tangan pun dah boleh datang makan dekat sini makan set nasi + air jus bagai tu. Kawan aku rileks je makan below RM10 tau haritu! Padahal bila tengok makanan dia, kita boleh teka macam harga rm30++

2) PORTION YANG SANGAT BESAR
Ha this one aku suka sangat nak cerita! Dan sebab ini juga lah kenapa cafe dinamakan sebagai BIG MOUTH. Korang tau tak, this cafe ada menyediakan dua jenis portion iaitu REGULAR dan juga BIG MOUTH. Untuk first try, aku sarankan untuk ambil Regular dulu sebab walaupun Regular, tapi makanan dia masya allah!!! Banyak gila weh serious aku tak tipu. Bukan setakat plate je besar, tapi portion dia pun dah boleh buat aku kenyang 2 hari. Contohnya, aku order Lamb chop haritu yang regular punya, tu pun rasa macam nazak sangat nak habis tau. Tapi untuk tidak bazir, aku try juga habiskan, yang tinggal hanya coslow sebab aku memang dah tak boleh sumbat dah. If sumbat jugak, aku sure aku tak boleh berjalan mahupun solat maghrib.




SEE? TENGOK AIR DIA PLEASE, tak main lah gelas. Sekali dia bagi MINI JAR terus kalau korang pilih special drinks. Harga pun murah. Baru RM8.50.

3) FAST& GOOD CUSTOMER SERVICE
Daripada kitorang start message owner cafe tu untuk reservation, sampailah kitorang balik, service dia sangat tip top! Jujur aku cakap masa kitorang duduk situ, dua tiga kali juga ada few pekerja yang akan datang untuk check every table whether dah dapat semua makanan yang diorder ke belum. Kan bagus begitu? Takdalah yang akan kebuluran atau tak puas hati nanti. Semua dapat makan cepat&balik pun cepat. 

4) GOOD HYGIENE
Nak juga aku sentuh soal kebersihan kedai ni. Which is in my opinion, cafe ni sangat menitik beratkan kebersihan. Sebabnya, semua table nampak bersih sangat even table tu diletak di kaki jalan luar cafe tu. Dan yang paling best, walaupun makanan sampai awal, dorang akan seal dulu dengan wrapping paper untuk elakkan mungkin daripada lalat, nyamuk, or anything yang berhabuk. Sebab tepi jalan kan, kereta lalu lalang bagai. So this is a good practice so far. 

5) KEMUDAHAN TEMPAT SOLAT
Mungkin yang ni ramai yang akan suka sebab kalau orang yang macam aku ni, bila pergi mana-mana, first thing mesti aku akan tengok ada tempat solat atau tidak. Tambah pula kalau lah waktu kita nak keluar tu macam dragged until next solat lima waktu, so this is very important! Tapi jangan risau, dekat cafe ni ada menyediakan surau. Ya, memang agak kecil dan impossible untuk solat sekaligus dekat situ. TAPI, untuk selesakan lagi, korang hanya perlu berjalan 20 langkah je dari cafe tu sebab di sebelah hujung kanan cafe tu ada satu dewan untuk solat. Aku rasa mungkin itu dipanggil surau sebab ramai juga staff-staff PARKSON yang pegi solat dekat situ. So tiada lagi yang perlu dirungsingkan lagi if korang nak lepas berapa jam sekali pun dekat cafe tu.




 Kitorang sedang berbuka puasa yang doanya diimamkan oleh our class representative, Hazim like again. Semua macam muka tak sabar nak makan! Hahaha

 This is how the cafe will look like at night. Dengan cahaya lampu Parkson berhadapan dia, dah macam korang lepak kedai makan biasa tapi high class sikit!



Last but not least, aku rasa sampai sini saja info yang aku mampu kongsi dekat korang yang Food Hunter tu! Serious aku cakap korang tak kan menyesal. Dan kesempatan ni aku nak ucap Selamat Berpuasa bagi 10 malam terakhir ini ya. Sesungguhnya berpuasa itu boleh melahirkan orang yang bertaqwa! Jaga kesihatan selalu okay! Bagi yang rasa nak try rasa pengalaman sendiri di cafe ni. Boleh contact this number provided :-

BIG MOUTH REPUBLIC CONTACT NUMBER



+6012-4379003


Make sure korang buat reservation dulu before pergi sana tau. Kalau tidak, jadi lah macam aku masa first time datang :') Tak pepasal kena makan dekat Pizza Hut.