About me

Tuesday 7 July 2015

Sabar saja lah!

Jam menunjukkan pukul 11:39am, dan mungkin masih ramai yang sedang bekerja ataupun sedang menghadiri kuliah masing-masing. Alhamdulillah harini seronok betul sebab kelas yang sepatutnya pada jam 11 pagi cancel, Aku apa lagi memang kenduri lah sekarang, pulang ke bilik,capai laptop & here i am! hikhik. Tapi jangan seronok sangat asma, kau masih ada kelas pukul 4petang nanti. Mohon sedar. Hurm, baru pagi ni,tengahari pun belum sampai lagi, petang apatah lagi, senja tu jauh sekali. tapi perut dah berkeroncong macam apa lagi ni. Sabarlah wahai hati, sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman...

Entri kali ni tiada yang serius hingga akan mengerutkan dahi sesiapa bila membaca, tapi hanya sekadar bual kedai kopi saja. Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Julai! Wah, cepatnya masa berlalu. Dan bermakna aku dah belajar di UiTM ni hampir sebulan dah. Fuh, mantop! 

"Teruskan perjuanganmu wahai diri" - kata hati

Hampir sebulan aku menetap dan belajar di sini, macam macam dah berlaku. Ada yang suka, ada yang duka, dan ada juga yang membuat aku fikir sama ada nak suka ke nak duka. Contohnya, minggu pertama aku jejak di sini dah tak sihat, tukar angin agaknya. Biasalah, first time berdikari sebagai pelajar universiti. Lepas seminggu tu pulak, aku batuk kering sampai tak mampu nak cakap banyak. Masa tu aku sangatlah pelik & aneh kenapa lah batuk masih tak sembuh,padahal dah hampir setengah botol aku langgah ubat batuk roomate kesayangan i tu tau, tapi tak lega lega juga. Bila dah dekat seminggu batuk, sampaikan kelasmet pun dah mula tanya "Kau kenapa" Awak kenapa" "Are u sick" Hok oloh, kaya' artis sahaja aku ketika itu. Ada juga yang ambil berat rupanya. Ahaks. Lepas seminggu batuk, barulah aku dapat tahu punca dan solusinya. Rupa-rupanya aku tak boleh minum air water cooler yang pihak kolej sediakan tu. Tapi yang hairannya ada setengah orang boleh je minum, sihat saja. Entahla. Kata abah, air tu memang tak bagus untuk kesihatan. Sebab air tu tidak ditapis dengan bersih, dan ada kemungkinan penapis dalam mesin tu tidak dicuci dan membuatkan air itu rosak&tidak sihat. Wallauhalam.


2 minggu pertama aku sebagai pelajar, alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja perjalanannya. Tapi bila datang minggu keempat, terjadi lah satu kisah seram ringkas yang sampai sekarang tak boleh nak lut dalam minda aku ni. :') Ada ke patut wak, aku lewat bangun tidur padahal kelas pada haritu sangatlah awal! Kejadian ni terjadi pada minggu lepas hari Rabu. Malam rabu tu aku balik kolej lewat sebab ada latihan tarian sampai jam 1230malam. Bila sampai kolej,nak tukar baju lagi, gosok gigi lagi, borak lagi dah 15minit, gelak pun dah 5 minit, biasalah gegurls, banyak sangat story nak dikongsi. Jadi malam tu aku tidur pukul 2 pagi tak lebih tak kurang. Nak dijadikan cerita, roomates aku sangatlah baik hati sebab diorang akan kejut kami semua untuk sahur. Tapi pada hari tu, ceritanya begini...Bila dah pagi, aku pun bangunlah dengan riang hati. Tapi...

*rasa macam ada cahaya flicked through windows kolej* "Like seriously !!!"
Aku pun bangun macam nampak hantu lepas tu cepat cepat turun bawah. Huish, lagi sikit nak terjatuh katil tau! Sebab aku tidur tingkat atas. Bila dah capai phone, tengok tengok jam, masyaallah.. dah pukul 745pagi dah!

"KELASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!" spontan aku menjerit sambil capai towel, bakul mandi, dalam keadaan separa sedar dan melelong lelong. Waktu tengah mandi tu, aku macam terfikir je nak mandi ke tanak nak mandi ke tanak, tetapi disebabkan aku tiada gap yang panjang untuk mandi kemudian, jadi aku pun cepat-cepat mandi kerbau, kalah hussein bolt tau uols.
Yang kelakarnya tu, time mandi sempat lagi fikir yang bukan bukan yang semuanya berupa alasan.

"Ish, lewat ni. Kalau aku pergi juga, tak apa ke?"
"Ala, pergi jelah. Cakap je kau sakit perut"
"Lecturer percaya ke nanti muka sihat saja ni"
"Tak pergi takpa tak?"
"Nak bagi alasan apa ni kalau tak pergi?" 
"Alaaaaa alaaa alaaaaaaa"

Tengah duk fikir segala persoalan yang sebegitu, tengok-tengok dah hampir siap dah pun aku untuk ke kelas. Haritu jangan tanya lah tudung warna apa aku pakai, baju apa dan seluar apa aku pakai. Everything was terrible sangat! "Tak apa! Janji cepat sampai" kata hatiku.

Sebelum keluar tu sempat lagi aku tanya pada salah sorang roomate aku, Ida namanya, (Masa tu dah 754am, kelas pukul 8am)

"Korang tak bangun sahur ke harini?" Aku bertanya sambil kemas beg dan capai buku apa yang patut.

Ida: "Laaaaaaaam orang punya gerak dia sampai tiga kali, As yang tak bangun. As bangun bersila sat lepas tu sambung lena balik"

Tahu apa reaksi aku???? Tahu taaaaaaaak? Aku macam tak percaya je. Dalam kepala ni mula lah nak fikir "Eh betol ke ni? Tipu kot!" Tak kan lah tak sedar langsung........

Tapi masalahnya memang kau tak sedar wahai asma......

Bayangkanlah betapa lajunya aku berjalan dalam erti kata lain lebih kepada berlari ayam naik turun tangga macam orang sasau je gayanya. Nasib baik tak terjatuh ke tertomoih kat mana mana ke. Aduhai. Bila dah sampai dekat bangunan B dimana kelas selalunya berlangsung, haaaaaaa sudah, lari punya lari tadi tapi tak tengok dulu jadual first class buat dekat mana. Aduhai asma, mengapa jadi begini. Aku pun dengan pantas capai phone dan dail number kelasmet. Lelaki pun lelaki lah asalkan aku sampai cepat!

Sebaik sahaja sampai, aku tolak pintu, semua pandang aku macam aku baru lepas bunuh orang. Atas bawah atas bawah dorang scan, baik kelasmets, baik lecturer :') Aku pun hanya mampu bagi respond 

"Sorry madam, i was late!"
"Its okay, Don't do often ha" Sebelum dia balas aku punya respon, sempat lagi dia jegil kan mata dekat aku tapi syukur, dia jegil jegil manja saja tu. Ahaks! Aku pun jalan la serupa pesalah cari tempat duduk kosong. Bila dah duduk, aku pun mula lah nak keluarkan cermin kecil untuk rapikan tudung yang tah apa apa tadi tu. Yelah, aku lari kot! Tapi lepas beberapa saat, kelasmet aku bagitahu 

"As, our drama presentation will be next" Time tu ada a group yang tengah buat drama di depan.

Reaksi aku masa tu.........................Rasa nak jerit. nak nangis semua ada. Sudahla penat buat larian pecut 5 minit lepas, lepas tu kena berlakon pula! Yang paling teruk lagi skrip pun tak baca apa! Allahu, tapi aku cuba juga berlakon dengan lagak spontan, konon konon expert lah memandangkan aku merupakan heroin dalam drama tu, jadi apa aku cakap, mereka pandai pandailah goreng ye. Hikhik

So, overall sepanjang hari tu saja, aku buat tiga presentations termasuklah drama bagi course 080, elc091, dan juga law016. Alhamdulillah, walaupun perjalanan haritu tak berapa nak smooth, tapi aku dapat atasi nya dengan baik. Bak kata orang, "Allah tests you as you can" Allah susun hari hari senang dan hari hari sukar anda, kerana Dia maha tahu, anda mampu hadapinya dengan baik sekali. Yang penting, rasional tu mau ada Ye dak? Aku harap perkara ni tak kan berulang lagi, 
jika tidak, mati lah nak..

Me:By the way bagi yang dah dapat elaun biasiswa KPTM tu harini, guna lah dengan cermat ya. Kang berjoli sakan sampai hujung bulan,semua buat maggi sebagai makanan suji korang! werkz